Minor in Computer Science

OBJEKTIF

Menyediakan para pelajar dengan pengetahuan dalam bidang Sains Komputeran. Pakej
ini menekankan aspek-aspek pengaturcaraan, teknikal, teori dan kejuruteraan perisian.


STRUKTUR RANCANGAN

Wajib (10 Unit)
Tahun I/ Semester II CPM111/3 -Prinsip Pengaturcaraan (Principles of Programming)
Tahun II/ Semester I CMM222/4 -Organisasi & Reka Bentuk Pangkalan Data (Database Organisations & Design)
Tahun II/ Semester II CPM213/3 -Metodologi Pengaturcaraan & Struktur Data (Programming Methodology & Data Structures)

Pilihan (6 Unit atau 10 Unit)
Semester I CPM314/3 -Pengurusan Projek, Proses & Evolusi Perisian (Software Project Management, Process & Evolution)
Semester I CSM331/3 -Komunikasi Data & Rangkaian (Data Communications & Networks)
Semester II CMM321/4 -Analisis & Reka Bentuk Sistem (Systems Analysis & Design)
Semester II CPM313/3 -Konsep & Paradigma Bahasa Pengaturcaraan (Programming Language Concepts & Paradigms)

*Tertakluk kepada penawaran kursus bagi semester yang berkenaan

Nota:
(i) Kursus Setara dan Pertindihan Kursus
Kursus CPM111/3 adalah setara dengan kursus MAT181/4 - Pengaturcaraan untuk
Penggunaan Sains. Kedua-dua kursus ini perlu diambil pada Tahun I.

Bagi pelajar yang mengambil kursus CPM111/3 atau MAT181/4 sebagai teras atau elektif
dalam rancangan pengajian major masing-masing; satu kursus tambahan perlu diambil
daripada senarai kursus pilihan untuk menggantikan keperluan kursus CPM111. Pelajar
berkenaan mestilah memulakan pengajian minor pada Tahun II/Semester I.

(ii) Penawaran Kursus-Kursus Pilihan
Kursus-kursus pilihan boleh digantikan dengan kursus lain dalam bidang pengkhususan jika
berlaku pertindihan jadual waktu atau kursus tidak ditawarkan.

Deputy Dean (Academic, Student & Alumni)

Assoc. Prof. Dr. Zurinahni Zainol 
Tel: (+604) 653 4380/2158
Fax: (+604) 653 3684
Email: zuri@usm.my